Thursday, February 19, 2015

perlukan jawapan segera.. urgent


Persoalan di dingin hari yang amat sejuk, sesejuk tiupan angin Timur di malam hari.

Jikalau anak sapa2 buat salah cepat2 ja kita kata mak dan ayah mereka tak pandai nk ajar dan jaga anak mereka, akan tetapi kalau apa2 musibah atau malapetaka ataupun gejala sosial yg teruk melanda negara tidak pula kita kata pmimpin tidak pndai jaga rakyat dan negara.. Betul ka macam 2??

Kalau kaki ampu mesti kata rakyat yg salah.. Patutka?? Iskh2
bersandarkan kpd pelbagai isu dan tragedi yg brlaku dlm ngara kita mini am at jelas dan nyata sekali memamg pmimpin  tak pandai nak jaga negara. Erm..

Persoalannya apakah kita sebagai rakyat blh prcya kt depa lagi ka?? Takkan hendak menanti mereka buat sesuatu kepada rumah dan adik beradik kita bru kita hendak berasa.. Tepuk Dada Tanya iman.
Sekian..

kata-kata keramat nelson mandela


Siapa yang tidak kenal dengan Nelson Mandela? Lelaki yang sempat menjawat tugas Presiden Afrika Selatan dari tahun 1994-1999 ini menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk memerangi penindasan. Mulai dari memberantas kemiskinan, perkauman, jurang kekayaan, hingga mendorong mendamaikan perkauman. Kini, walaupun lelaki yang sering digelar sebagai “Father of a Nation” itu telah tiada, namun beberapa kata-katanya dapat kita jadikan inspirasi yang boleh diterapkan ke dalam dunia politik, PR, komunikasi, atau dalam aspek kehidupan lain.



1. Memahami orang lain

Nelson Mandela mengajar bahawa untuk mendapat sokongan dari orang ramai, Anda harus menyelami isi hati mereka dengan menggunakan bahasa yang mereka fahami. Bukan dengan memaksa mereka mengerti apa yang Anda katakan.

“If you talk to a man in a language he understands, that goes to his head. If you talk to him in his language, that goes to his heart.”

“Jika Anda berbicara dengan orang lain menggunakan bahasa yang difahaminya, ia akan masuk ke mindanya. Namun jika Anda berbicara dengan bahasanya, ia akan masuk ke hatinya.”



2. Bergaul dengan orang ramai



Sebagai pemimpin, Anda perlu tahu keperluan orang lain. Anda harus bergaul dengan mereka. Di sinilah kecerdasan komunikasi dan sifat rendah hati Anda diuji. Jika Anda berjaya melakukannya, Anda akan mendapat banyak informasi yang penting.

“You don’t have that idea when you are arrogant, superficial, and uninformed.”
“Anda tidak akan mendapat idea jika anda sombong, dangkal, dan kurang informasi.”



3. Tidak hanya cerdas

Menurut Nelson Mandela, kecerdasan dan kebaikan hati menjadi senjata yang penting untuk menjadi seorang pemimpin. Bukan itu sahaja, Anda juga harus boleh bertutur dengan baik, secara lisan mahupun bertulis.

“A good head and good heart are always a formidable combination. But when you add to that a literate tongue or pen, then you have something very special.”

“Kepala dan hati yang baik adalah kombinasi yang mantap. Tetapi jika Anda menambahkan lidah yang fasih dan pena yang tajam, maka Anda memiliki sesuatu yang istimewa.”



4. Akui kesalahan



Dalam apa hal sekalipun, kadang-kadang seseorang merasa dirinya benar dan tidak mahu mengakui kesalahan. Namun tidak bagi Mandela; menurutnya keberanian mengakui kesalahan dan memperbaikinya adalah amat penting.

“Unlike some politicians, I can admit to a mistake.”

“Tidak seperti sesetengah ahli politik, saya dapat mengakui sesuatu kesalahan.”



5. Tidak ada yang mustahil

Kadang kala kita merasakan yang kita membayangkan sesuatu pekerjaan atau mimpi yang dianggap mustahil, padahal tidak semestinya demikian. Setidak-tidaknya setelah mencuba, Anda akan tahu ianya berhasil atau tidak, tetapi jika Anda menyerah kalah dari mula, maka anda sudah pastinya telah gagal. You will never know before you try.

“It always seems impossible until it’s done.”

“Sesuatu selalu tampak mustahil sehinggalah ianya berjaya dilakukan.”

Nelson Mandela adalah presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan yang meninggal pada hari Khamis, 5 Disember 2013 di rumahnya pada usia 95 tahun. Sebelum meninggal, Mandela adalah seseorang yang aktif menulis dan berpidato secara umum. Kelima-lima kenyataan di atas adalah ungkapan yang pernah disebut oleh beliau semasa hidupnya.

Monday, June 8, 2009

salam sejahtrera...

sekejap rasanya kita dah melalui setengah tahun pada 2009 ini..
agak2nya apa yang kita dah lakukan yer..
syukur jgk ke hadrat ilahi nie..
walaupun permulaan kerjaya yang kurang bagus pada awal tahun ini..
tapi 2-3 bulan kebelakangan ni ada jgk duit belanja aku nie..
walaupun x sebanyak mana..
tapi cukup jgk buat belanja untuk menampung kehidupan ini..
kadang2 terfikir jgk yer..
macm mana lah negara kita yang se kaya ini ada jgk orang yg miskin..
hairan rasanya..
macam mana lah golongan pemimpin nie x mampu nak atasi masalah ni yer..
orang2 asing bleh plak diorang bantu dan jadi kaya plak kat malaysia nie..
duit yang diorang dapat semua diorang hantar balik kat negara diorang..
akhir sekali rakyat malaysia jgk yang merana..
tidak kira lah melayu ka india ka cina ka kita ada lah rakyat malaysia nie..
x tahu lah nak kata apa dah..
yang kita selalu duk dengaq isu perpaduan kaum..
walaupun kita tahu fakta yang kita semua dah hidup sekali dah hampir 50 tahun ni benar tapi mengapa yer isu tentang perpaduan kaum ni masih ag berbangkit...
erm...
sudah cuykup lah stakat ni..
lain kali sy akan bangkitkan secara jelas mengapa dan apa rasional nya perpaduan kaum ini penting untuk di bicarakan di sini..
sekian..
wasalam..

Monday, May 25, 2009

salam perkenalan..

assalamualaikum..
aku dah lama dah nak ada blog sendiri nie..
tapi nie r baru pertama kali aku tulis nie..
apa2 pun aku sebagai orang baru nie xkan mensia-siakan peluang tulis dalam blog nie..
untuk berkongsi apa2 dengan kawan-kawan..
apa pun aku ucapkan kepada semua salam perkenalan..
harap2 aku nie leh di terima oleh semua pihak..
sekian..